nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SemarakNiaga bantu usahawan bangkit kembali

21 FEB: Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) yang dilancarkan Perdana Menteri hari ini bernilai RM40 bilion akan membantu sektor perniagaan bangkit semula, terutama Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan sektor informal.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program SemarakNiaga itu akan memperbanyakan akses pembiayaan kepada sektor perniagaan merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti untuk dimanfaatkan oleh setiap golongan usahawan.

“Program SemarakNiaga akan menjadi pelengkap kepada usaha kerajaan melalui sektor Kewangan dalam menyediakan kemudahan pembiayaan dan bantuan bayaran balik pinjaman terutama dalam fasa pemulihan pascapandemik ini,” katanya pada majlis pelancaran inisiatif itu di KL Sentral Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, bagi perniagaan mikro dan kecil, Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) dengan dana RM200 juta akan menawarkan pinjaman sehingga RM10,000 pada kadar faedah 0 peratus dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal.

Ismail Sabri (kanan) melancarkan SemarakNiaga di Kuala Lumpur hari ini.

Bagi usahawan agromakanan pula katanya, skim mikro kredit oleh Agrobank akan menawarkan pinjaman sehingga RM75,000 juga pada kadar 0 peratus untuk enam bulan pertama berserta kemudahan moratorium sehingga enam bulan.

Selain itu, katanya, bagi perniagaan yang lebih matang, institusi kewangan seperti SME Bank akan menawarkan pinjaman sehingga RM10 juta di bawah skim IBS Promotion Fund 2.0 dan RM1 juta di bawah Program Pembiayaan Usahawan Muda 2.0 (atau YEF 2.0) dengan saiz dana untuk kedua-dua skim itu berjumlah RM300 juta.

Ismail Sabri berkata, untuk syarikat yang berdaya maju namun mempunyai kekangan mendapatkan dana baharu, Kerajaan dan institusi kewangan telah merangka suatu pembiayaan bentuk baharu yang lebih anjal bagi meluaskan keupayaan untuk memulihkan perniagaan.

“Salah satunya ialah melalui kaedah equity crowd funding dan peerto-peer financing yang akan disokong dengan peruntukan RM80 juta secara geran padanan untuk Malaysia Co-investment Fund, tambahan kepada pelaburan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) sebanyak RM100 juta.

“Bagi membantu syarikat yang berdepan masalah keberhutangan atau gearing yang tinggi, kaedah pendanaan melebihi RM2.2 bilion melalui pelaburan ekuiti dan quasi-equity turut tersedia.

“Kaedah ini diterajui oleh SME Bank dengan dana bernilai RM600 juta. BPMB juga akan menawarkan Skim RESET atau Rehabilitation and Support Through Equity, dengan saiz dana sebanyak RM500 juta,” katanya.

Tambah beliau lagi, Bank Negara Malaysia (BNM), juga menyediakan Business Recapitalisation Facility bernilai RM1 bilion untuk tujuan yang sama dengan dana berjumlah RM14.2 bilion.

Katanya lagi, bagi ketersediaan dana yang berterusan, dana khas BNM terutamanya Targeted Relief and Recovery Facility dan Agrofood Facility telah ditingkatkan secara kolektif sebanyak RM2.5 bilion kepada RM10 bilion.

“Jumlah ketersediaan pelbagai dana PKS BNM pada masa ini adalah sebanyak RM10 bilion.

“Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia juga merangkumi jaminan pembiayaan perniagaan di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) yang akan menyediakan jaminan untuk pembiayaan yang dijadualkan dan distruktur semula dengan had jaminan bernilai RM 22 bilion.

“Ini akan membantu syarikat mendapatkan pembiayaan baharu yang sebelum ini sukar diperoleh,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.