22 FEB: Kejadian letupan di tapak perlombongan emas di barat daya Burkina Faso meragut sekurang-kurangnya 60 nyawa dan menyebabkan puluhan lagi cedera.
Pesuruhjaya Tinggi Wilayah Poni, Antoine Douamba, berkata punca letupan masih disiasat.
Imej menunjukkan tapak letupan besar menyebabkan pokok tumbang dan memusnahkan rumah bijih timah dengan mayat terbaring di atas tanah beralaskan tikar.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan dengan jelas jenis perlombongan emas yang dijalankan di tapak berkenaan.
Burkina Faso adalah tempat kepada beberapa lombong emas utama yang dikendalikan oleh syarikat antarabangsa, tetapi juga kepada ratusan tapak tidak rasmi yang lebih kecil dan beroperasi tanpa pengawasan dan peraturan.
Golongan kanak-kanak kerap bekerja di lombong yang dipanggil artisan itu dengan kejadian kemalangan adalah perkara biasa. – Reuters