22 FEB : Susulan tindak balas penempatan tentera Russia di dua kawasan pemisah yang disokong Kremlin di Ukraine, Amerika Syarikat (AS) membuat keputusan untuk mengenakan sekatan ke atas Moscow hari ini
“Kami merancang untuk mengumumkan sekatan baharu ke atas Russia sebagai tindak balas kepada keputusan dan tindakan Moscow hari ini.
“Kami sedang menyelaraskan dengan sekutu dan rakan sekutu mengenai pengumuman itu,” kata jurucakap Rumah Putih kepada AFP semalam.