24 FEB: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun disahkan positif COVID-19 dan akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan perkara berkenaan dan memberitahu beliau telah menerima dos penggalak
“Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan COVID-19 jenis RT-PCR secara berkala selain kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri melalui kaedah RTK Antigen,” menurut kenyataan itu.
Kali terakhir Aminuddin menjalani ujian pengesanan jenis RTK-Antigen dan mendapat keputusan negatif COVID-19 adalah pada 21 Februari lalu.
“Beliau akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh isolasi,” katanya.