1 MAC : Luar Pantai Barat Utara Sumatera, Indonesia dilanda gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter pada jam 7.04 malam tadi.
Berita Yang Berkaitan
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 56 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 41 km barat daya dari Meulaboh.
Gempa bumi berkenaan bagaimanapun dinilai tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.