4 MAC: Sebanyak 4,715 mangsa membabitkan 1,506 keluarga mangsa banjir masih berada di 17 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan, setakat jam 8 pagi tadi.
Portal InfoBencanaJKM melaporkan, jumlah itu membabitkan mangsa PPS di Pasir Mas dan Tumpat.
Walaupun keadaan cuaca di beberapa kawasan kini cerah dan tidak hujan, namun masih ada lokasi yang digenangi air.
Ramai penduduk kampung sudah mula kembali ke rumah mereka untuk mengemas dan giat melakukan kerja-kerja menjemur barang-barang yang dapat diselamatkan dan digunakan semula.