PPV Mega ditutup mulai 16 Mac
5 MAC: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan ditutup bermula 16 Mac ini.
Beliau berkata, sehingga tarikh tersebut, vaksinasi COVID-19 secara jumpa terus (walk-in) masih dibuka.
Ia membabitkan PPV Axiata Arena Bukit Jalil dan PPV World Trade Kuala Lumpur.
“Waktu operasi walk-in bermula jam 9 pagi hingga 6 petang,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.
Kumpulan sasaran bagi kedua-dua PPV berkenaan adalah kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun (dos 1) selain remaja 12 hingga 17 tahun (dos 1/ dos 2).
Sasaran turut membabitkan golongan dewasa 18 tahun ke atas membabitkan pengambilan vaksin dos 1, 2 dan penggalak.