10 MAC: Malaysia mencatatkan jangkitan baharu COVID-19 sebanyak 30,246 semalam, menurun sedikit berbanding 31,490 kelmarin.
Menurut laman web COVIDNOW, daripada jumlah itu, 29,828 kes membabitkan penularan tempatan dan 418 lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Angka itu menjadikan individu dijangkiti COVID-19 meningkat kepada 3,711,199 kes dengan kes aktif sebanyak 310,160.
Daripada jumlah kes keseluruhan itu, 297,924 atau 96.1 peratus kuarantin di rumah, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (3,278 atau 1.1 peratus), hospital (8,570 atau 2.8 peratus), Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) (163 atau 0.1 peratus) dan ICU memerlukan ABP (225 atau 0.1 peratus).