nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia lantik peguam tangani tuntutan waris Sultan Sulu

10 MAC: Malaysia telah melantik peguam di Sepanyol dan Perancis untuk mewakili Kerajaan bagi tujuan menangani segala tuntutan waris Kerajaan Sulu yang dibuat terhadap Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pelantikan itu dibuat melalui Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Luar Negeri.

Katanya, Malaysia tidak mengambil bahagian dalam prosiding timbang tara yang dikatakan itu kerana Malaysia sentiasa menegakkan dan tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya sebagai sebuah negara berdaulat.

Tambahan pula, katanya identiti penuntut diragui dan belum disahkan.

“Kerajaan tidak berdiam diri tetapi telah pun mengambil tindakan sewajarnya seperti yang telah saya nyatakan untuk memastikan kedaulatan negara tidak dicabuli melalui tindakan perundangan di Madrid, Sepanyol dan di Paris, Perancis.

“Kerajaan sentiasa peka dan bersedia untuk mencabar sebarang tindakan penguatkuasaan keputusan Final Award yang tidak sah tersebut di bawah New York Convention sekiranya dilaksanakan oleh Penuntut pada bila-bila masa dan di mana jua bagi memastikan kepentingan Kerajaan sentiasa terpelihara,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahmad Hassan (WARISAN-Papar) di Dewan Rakyat hari ini berhubung isu tuntutan pampasan waris Kerajaan Sulu menerusi prosiding timbang tara Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis yang mengarahkan Malaysia membayar pampasan berjumlah AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion).

Menerangkan perkara tersebut, beliau berkata, pada 22 Januari 1878, dua perjanjian dimeterai antara Sultan Mohamet Jamal Al Alam (Sultan Sulu) dengan Baron de Overbeck & Alfred Dent bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka di Sabah.

Jelasnya, pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah telah berlaku pada 12 Februari 2013 yang mengorbankan seramai 10 orang wira negara dan susulan serangan itu, Kerajaan Malaysia menghentikan serahan wang ihsan kepada Waris Kesultanan Sulu.

Tambahnya, firma guaman yang mewakili warga Filipina yang mengaku sebagai waris Sultan Sulu (Penuntut) memohon rundingan semula bayaran wang ihsan di bawah Perjanjian 1878 dan memfailkan permohonan Superior Court of Justice di Madrid, Sepanyol (Mahkamah Madrid) untuk melantik penimbang tara pada 31 Januari 2018.

Wan Junaidi berkata, Mahkamah Madrid, Sepanyol memutuskan untuk melantik penimbang tara
dan Dr. Gonzalo Stampa dilantik pada 22 Mei 2019.

“Pada 30 Julai 2019, satu Notis Timbang Tara diserah kepada Kerajaan Malaysia melalui Kementerian
Luar Negeri dengan anggaran tuntutan melebihi AS$32 bilion.

“Ingin ditekankan bahawa Kerajaan tidak berdiam diri walaupun tidak mengiktiraf tuntutan tersebut. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan tindakan perundangan sewajarnya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.