13 MAC: Malaysia merekodkan sebanyak 26,250 jangkitan baharu semalam menjadikan kes keseluruhan kepada 3,801,036 setakat ini.
Kementerian Kesihatan (KKM) turut melaporkan 25,089 kes sembuh menjadikan jumlahnya kepada 3,443,532.
Sebanyak 323,784 kes masih aktif, termasuk 311,946 yang menjalani kuarantin di rumah turut dilaporkan.
Selain itu, seramai 2,780 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), manakala 8,691 menerima rawatan di hospital.