14 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 22,535 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 3,823,571 kes.
Menurut data di laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 22,174 kes adalah penularan tempatan manakala 361 kes import.
Kes pulih pula adalah sebanyak 25,356 menjadikan sejumlah 3,468,888 kes pulih sepenuhnya.
Sebanyak 320,876 kes masih lagi aktif turut dilaporkan dengan 309,214 menjalani isolasi di rumah.
Seramai 2,574 pesakit COVID-19 kini dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) manakala seramai 8,704 pesakit menjalani rawatan di hospital.