Permohonan pengeluaran khas KWSP mulai 1 April
16 MAC: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuka permohonan pengeluaran khas RM10,000 kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April ini.
KWSP dalam satu kenyataan berkata, tempoh permohonan itu akan berakhir pada hujung bulan depan manakala tempoh pembayaran dilaksanakan sebelum 20 April nanti.
“Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.
“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak,” katanya.
Kerajaan hari ini membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19.