23 MAC: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan KPLB dan Agensi (Secara Dalam Talian) esok.
Program berkenaan akan bermula pada jam 9 pagi sehingga 1 tengah hari.
Program itu dilaksanakan secara dalam talian bagi membudayakan norma baharu selain mampu mempermudahkan urusan orang ramai untuk berhubung dengan pihak kementerian dan agensi.
Antara agensi KPLB yang akan terlibat secara langsung ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Kemajuan Orang Asli
(JAKOA) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
Turut serta, FELCRA Berhad, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).
Maklumat lanjut, layari laman sesawang epelanggan KPLB di https://epelanggan.rurallink.gov.my.