nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Negara Arab-Israel bertemu dalam sidang kemuncak bersama AS

28 MAC : Israel dan negara Arab bertemu bagi menghadiri sidang kemuncak yang jarang diadakan dengan dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken.

Pertemuan itu adalah sebahagian usaha meyakinkan rakan sekutu negara itu mengenai diplomasi antara Washington dan Iran berhubung isu persenjataan nuklear.

Isu itu dijangka mendominasi pertemuan selama dua hari itu, yang turut dihadiri Menteri Luar ketiga-tiga negara Arab yang sudah menjalin hubungan diplomatik dengan Israel sejak 2020, ketika usaha perdamaian dengan Palestin masih terhenti.

Lawatan Blinken itu dilakukan selepas beberapa sekutu AS di rantau itu mempersoalkan komitmen pentadbiran Presiden AS, Joe Biden, selain bersiap sedia menghadapi kesan daripada kegagalan perjanjian nuklear dan krisis Ukraine.

Rundingan nuklear itu hampir mencapai persetujuan beberapa minggu lalu, sebelum Russia membuat tuntutan saat akhir kepada AS dengan menegaskan sekatan kepada Moscow atas pencerobohannya terhadap Ukraine tidak seharusnya menjejaskan perdagangannya dengan Iran.

Menurut Blinken, mengembalikan perjanjian nuklear 2015 adalah cara terbaik untuk meletakkan semula Iran dalam program berkenaan.

“Sama ada perkara itu berlaku atau tidak, komitmen kami kepada prinsip utama supaya Iran tidak memiliki senjata nuklear, masih tidak berbelah bagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama rakan sejawat dari Israel, Yair Lapid, di Baitulmaqdis, sebelum berlangsungnya sidang kemuncak berkenaan.

“AS akan terus menentang Iran sekiranya ia mengancam kami, rakan kongsi dan juga sekutu AS,” katanya.

Pada persidangan itu, Blinken dijangka menekan sekutu Arab untuk meningkatkan sokongan terhadap Ukraine dalam mempertahankan pencerobohan Russia selepas beberapa negara di teluk itu setakat ini dilihat tidak memberikan bantuan bermanfaat.

Selepas perbincangan dengan Blinken, Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett, memberi amaran bahawa perjanjian nuklear dengan Iran adalah tidak terikat kepada Israel.

Katanya, beliau berharap Washington akan mendengar keluhan daripada rantau itu, Israel dan juga yang lain.

Turut hadir pada sidang kemuncak anjuran Lapid adalah Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Maghribi, yang juga sebahagian daripada Perjanjian Abraham bagi memupuk hubungan baik dengan Israel.

Menteri Luar Mesir, negara yang mengecapi 43 tahun perdamaian dengan Israel Sabtu ini, akan turut menghadiri sidang kemuncak berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.