Cuaca panas dijangka berterusan hingga Mei
30 MAC : Cuaca panas di negara ini dijangka akan berlarutan sehingga Mei ini sebelum beransur reda pada Jun.
METMalaysia dalam ciapan di Twitter hari ini menjelaskan, suhu maksimum dicatatkan di sekitar kawasan Lembah Klang dan pedalaman Pahang dijangka lebih tinggi antara 35 hingga 36 darjah celsius.
Ketua Pengarah METMalaysia Muhammad Helmi Abdullah dilaporkan berkata, bagaimanapun tiada suhu melampau direkodkan sepanjang minggu ini.
Suhu tertinggi yang dicerap tahun ini menurut beliau ialah 36.6 darjah celsius yang dicatatkan di Stesen Meteorologi Chuping pada 29 Januari lalu.