31 MAC : Seramai 1,323,892 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun atau 37.3 peratus populasi itu di Malaysia menerima dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,851,056 individu atau 91.6 peratus daripada kumpulan itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,947,622 atau 94.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sejumlah 15,758,429 individu atau 67 peratus populasi dewasa pula menerima dos penggalak dan 22,952,209 atau 97.6 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,228,125 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 51,867 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 4,949 suntikan pertama, 1,438 suntikan lengkap dan 45,480 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,849,462 dos. – BERNAMA