17 JULAI: Harga runcit bagi seliter petrol serta diesel kekal pada paras sama untuk tempoh 18 hingga 24 Julai ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan media hari ini berkata, harga seliter RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada M1.72 dan RM2.02 manakala harga seliter diesel kekal pada RM1.87.
“Harga ditentukan berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan.