8 APR: Sembilan orang terbunuh manakala 16 lagi cedera dalam letupan gas di timur Algeria yang mengakibatkan sebuah bangunan tiga tingkat runtuh pagi semalam.
Menurut pihak berkuasa tempatan, beberapa rumah berdekatan turut musnah akibat letupan yang dipercayai berpunca daripada kebocoran gas.
Presiden Algeria, Abdelmadjid Tebboune, mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan usaha mencari masih diteruskan.
Sementara itu di Kinshasha, Congo, letupan di sebuah bar di kem tentera di timur mengorbankan lapan mangsa dan mencederakan tiga yang lain.
Jurucakap kerajaan, Patrick Muyaya, berkata punca tragedi di kem Katindo di bandar Goma itu masih belum diketahui dan pihak berkuasa sudah diarah menyiasat.
“Penduduk setempat diminta bertenang sementara siasatan dijalankan bagi mengetahui punca kejadian,” katanya. – AFP