nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

AHTV mampu jadikan Malaysia hab pengeluaran kenderaan elektrik

12 APR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan Automotive High-Tech Valley (AHTV) di
Tanjung Malim dalam matlamat menjadikan Malaysia hab pengeluar kenderaan elektrik dan pembekal komponen ke pasaran ASEAN.

Perdana Menteri berkata pembangunan itu dapat menarik minat pelabur-pelabur asing khususnya dari China dan negara lain kerana berpotensi memperkasakan ekosistem dunia automotif dalam satu kawasan yang besar.

“Tanjung Malim bakal menyaksikan limpahan ekonomi daripada aktiviti projek pembangunan AHTV yang dijangka menjana peluang pekerjaan sebanyak 370,000 sepanjang pembinaan dan 160,000 apabila beroperasi kelak.

“Pembangunan lain yang mempunyai rantaian ekonominya seperti Taman Perindustrian dan pembangunan hartanah bagi tujuan komersial secara keseluruhannya berpotensi menjana sebanyak
RM32 bilion menjelang tahun 2030,” katanya ketika berucap melancarkan AHTV di Tanjung Malim hari ini.

Ismail Sabri (tengah) percaya AHTV mampu menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran kenderaan elektrik dan kompenen berkaitan.

Menurutnya, AHTV juga disasarkan menjadi pusat rujukan Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) bagi teknologi berasaskan pematuhan iklim global dengan penubuhan Universiti Penyelidikan yang signifikan dengan industri itu.

Tambahnya, pembangunan berkenaan secara tidak langsung dapat memberi tumpuan kepada kemajuan kenderaan elektrik yang menjadi hala tuju masa depan industri automotif dengan memanfaatkan Kecerdasan Buatan (AI) dan teknologi mutakhir.

“Usaha membangunkan AHTV sebagai hab baharu pengeluaran kenderaan elektrik ini adalah selari dengan hasrat dan komitmen Kerajaan ke arah pencapaian matlamat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) selain menjadikan Malaysia sebagai negara neutral karbon menjelang tahun 2050.

“Kerajaan berharap projek pembangunan ini akan dapat memacukan pembangunan industri hiliran dan lain-lain sektor yang menumpukan teknologi terkini terutamanya dalam penggunaan dan pengurusan sumber yang cekap sekali gus mengurangkan kesan rumah hijau,” katanya.

Ismail Sabri berkata, beliau yakin dan percaya, dengan kemampuan DRB-HICOM Bhd dibantu penyelarasan bersama agensi kerajaan yang berkaitan serta dana yang disalurkan, ia mampu menjadi projek mega kawasan perindustrian automotif yang gah di rantau ini.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan agar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang juga terletak dalam wilayah High-tech Valley, membangunkan sebuah pusat latihan dan penyelidikan iaitu Center of Advanced Automotive Research and Training (CAART).

Penubuhan itu katanya, bagi memenuhi keperluan dari segi tenaga kerja terlatih, pendidikan, dan juga penyelidikan.

Jelasnya, CAART akan memberikan tumpuan kepada penyelidikan, latihan kemahiran, pembangunan sumber manusia, serta penyelenggaraan yang berkaitan dengan teknologi automotif terkini.

“Ini bagi memastikan permintaan dan bekalan dari segi teknologi terkini, latihan serta sumber tenaga manusia di AHTV ini dapat dilestarikan secara produktif,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.