nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tadbir urus baik bantu perkukuh kedudukan GLIC

15 APR: Prinsip Tadbir Urus Baik bagi Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (PGG) yang dilancarkan pada Jumaat akan menjadi rujukan tunggal garis asas tadbir urus dan amalan kemampanan semua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata PGG berteraskan tiga prinsip utama iaitu kepimpinan dan keberkesanan lembaga pengarah; memastikan komposisi lembaga pengarah yang optimum, berkelayakan dan berwibawa; serta menyokong pengendalian pelaburan dengan efektif.

“Bagi memastikan GLIC dikemudi dengan baik, PGG memberi penekanan terhadap peranan dan tanggungjawab lembaga pengarah.

“Semua pengarah harus memimpin melalui teladan berdasarkan prinsip, serta kewajipan dalam ketelitian, ketelusan, dan kesetiaan,” katanya ketika berucap melancarkan PGG di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata PGG adalah sebahagian daripada Program Penyusunan Semula GLIC/Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang diterajui oleh Kementerian Kewangan sejak 18 bulan yang lalu, merangkumi, antaranya Program Memperkukuh Institusi Pelaburan Milik Kerajaan.

Penyediaan PGG telah mengambil kira perkembangan semasa dan perbincangan berkaitan prinsip dan amalan tadbir tadbir urus terbaik di peringkat tempatan dan antarabangsa, termasuk Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti pada tahun lalu, katanya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, PGG juga menyarankan penubuhan struktur tadbir urus bagi pengawasan elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam strategi pelaburan masa hadapan.

“Ada pelbagai data yang menunjukkan bahawa syarikat yang memberi tumpuan kepada isu ESG telah berjaya mengurangkan kos, meningkatkan produktiviti pekerja, mengurangkan pelbagai risiko, dan mencipta lebih banyak peluang perniagaan.

“Tambahan pula, pandemik COVID-19 telah banyak membuktikan dengan jelas bahawa syarikat korporat yang sentiasa bersiap-siaga dan mengamalkan tadbir urus yang baik memiliki kelebihan dari segi daya tahan,” katanya.

GLIC terdiri daripada enam organisasi iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Permodalan Nasional Bhd, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), Khazanah Nasional Bhd; Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Jumlah keseluruhan aset di bawah kawalan keenam-enam GLIC itu adalah RM1.7 trilion, menjadikan GLIC sebagai antara tonggak utama dalam pembangunan sosioekonomi negara. – BERNAMA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.