19 APR: Sebanyak 16 kematian baharu akibat COVID-19 direkodkan semalam termasuk empat kes kematian di luar hospital (BID).
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang COVIDNOW, jumlah keseluruhan kematian di negara ini adalah sebanyak 35,437.
Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,496 kes.
Perak dan Perlis menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan purata 12 kematian, diikuti Melaka dengan 10 dan Kedah (sembilan).
KKM turut merekodkan 7,140 kes baharu positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 4,396,165.
Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 52.5 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 31.6 peratus.