24 APR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 5,624 kes positif harian COVID-19 semalam.
Angka tersebut menyumbang kepada sejumlah 4,427,067 kes positif COVID-19 di negara ini.
Berdasarkan data dalam laman sesawang COVIDNOW, daripada jumlah itu sebanyak 5,607 adalah kes penularan tempatan manakala 17 lagi adalah kes import.
Setakat semalam juga, sebanyak 80,977 kes aktif dilaporkan manakala sebanyak sembilan kematian akibat COVID-19, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) direkodkan menjadikan sebanyak 35,491 kes kematian akibat wabak itu dilaporkan setakat ini.
Kedah melaporkan enam kematian termasuk dua kes BID manakala Johor, Sabah dan Sarawak masing-masing melaporkan satu kematian.
Pada masa sama, sebanyak 10,041 kes sembuh daripada jangkaan COVID-19 dilaporkan semalam, menyumbang kepada sejumlah 4,310,599 pesakit yang sudah pulih setakat ini.