25 APR : Kes baharu jangkitan COVID-19 mencatatkan penurunan dengan 4,006 kes yang direkodkan semalam, berbanding 5,624 kes hari sebelumnya.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, 3,982 kes (99.40%) adalah kategori satu dan dua, manakala 24 kes (0.60%) lagi dalam kategori tiga, empat dan lima.
Daripada jumlah kes kategori tersebut yang dilaporkan pada 24 April 2022, 8 kes (33.33%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 9 kes (37.50%) telah menerima dua dos vaksin COVID19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 7 kes (29.17%) telah menerima dos penggalak.
Sementara 9 kes (37.50%) berumur 60 tahun dan ke atas dan 12 kes (50.00%) mempunyai komorbid.
Sebanyak 98 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 61 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 10,223.
Satu kluster baharu direkodkan semalam menjadikanjumlah keseluruhan kluster masih aktif sebanyak 97 kluster. Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught atau r0) COVID-19 di seluruh negara ketika ini adalah 0.77, dengan putrajaya mencatatkan bacaan tertinggi pada 1.15.