nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

1,300 pelajar B40 Pahang terima bantuan persekolahan

25 APR : Seramai lebih 1,300 pelajar dari keluarga B40 dan asnaf di negeri Pahang telah menerima manfaat sumbangan bantuan persekolahan yang disalurkan melalui program MARA Prihatin sejak awal tahun 2022 melibatkan peruntukan berjumlah RM160,500.

Hari ini, seramai 300 pelajar lagi turut menerima manfaat bantuan yang sama  sempena Program MARA Prihatin Ramadan yang dianjurkan agensi tersebut di daerah Kuala Lipis.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, usaha ini diharap dapat mengurangkan beban yang  ditanggung oleh keluarga yang kurang berkemampuan terutamanya menjelang Syawal ini.

“Sebahagian bantuan khas bernilai RM20,000 ini merupakan sumbangan daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) untuk 200 pelajar sekolah rendah  yang berkelayakan di daerah tersebut.

“Manakala, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) turut memberi sumbangan zakat  berjumlah RM20,000 yang memberi manfaat kepada beberapa orang pelajar  KPTM dan Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) yang berasal dari  Kuala Lipis, pelajar-pelajar sekolah menengah dan asnaf dari daerah yang sama,” ujarnya ketika berucap di program MARA Prihatin Ramadan di Kuala Lipis hari ini.

Jelasnya lagi, sumbangan zakat dari KPTM merupakan sumbangan hasil daripada wakalah  zakat korporat yang diterima daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam  Melayu Pahang (MUIP).

Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad ketika berucap di hadapan pelajar yang menerima bantuan persekolahan dalam program MARA Prihatin Ramadan di Kuala Lipis hari ini.

Di samping bantuan wang tunai, pelajar-pelajar ini turut menerima  sumbangan kelengkapan aidilfitri berupa kuih Hari Raya.

“Bantuan ini adalah sebagai galakan kepada pelajar berkaitan untuk meningkatkan prestasi akademik yang secara tidak langsung menyumbang kepada kejayaan mereka pada masa hadapan,” jelas Abdul Rahman.

“Saya percaya pelajar ini akan merebut dan  menggunakan peluang yang disediakan oleh pihak MARA untuk melangkah  dengan lebih jauh dan seterusnya akan dapat mengubah nasib keluarga  mereka ke arah yang lebih baik,” ujarnya.

Hadir sama ke Program MARA Prihatin, Pengarah MARA Negeri Pahang, En. Soffian Bin Hj Mustafa, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, En. Nordin bin Ahmad, wakil YPM serta usahawan-usahawan di bawah MARA.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.