26 APR : Gempa bumi lemah 3.7 magnitud berlaku di Kundasang, Sabah pada 9.28 pagi ini.
Berita Yang Berkaitan
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada jarak 14 kilometer (km) barat laut Ranau, Sabah.
Menurut kenyataan itu, gempa yang berlaku pada kedalaman 10km itu telah menyebabkan gegaran dirasai di Ranau.– BERNAMA