29 APR : Sebanyak 2,935 kes harian baharu dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat sebanyak 4,443,318 kes.
Data pada laman web CovidNow memperlihatkan, daripada angka tersebut, sebanyak sembilan kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
“Selangor merekodkan kes baharu harian tertinggi dengan 1,215 kes dilaporkan, diikuti Kuala Lumpur (462 kes) dan Pulau Pinang (224 kes).
“Lain-lain, Negeri Sembilan (193 kes), Perak (193 kes), Johor (122 kes) dan Melaka (108 kes).
“Seterusnya, Kedah (98 kes), Sarawak (97 kes), Pahang (74 kes), Putrajaya (56 kes), Sabah (36 kes), Terengganu (35 kes), Kelantan (15 kes), Perlis (lima kes) dan Labuan (dua kes),” berdasarkan data di CovidNow.
Sementara itu, sebanyak 7,585 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada COVID-19 sebanyak 4,354,006 kes.
Pada masa sama, sebanyak 10 kes kematian COVID-19 direkodkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,536 kes serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,521 kes.
Sementara itu, sebanyak 53,776 kes aktif dilaporkan melibatkan 52,261 kes dikuarantin di rumah, 46 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC),
Manakala, sebanyak 1,385 kes di hospital, 28 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 56 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.