nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lima konsertium dapat lesen bank digital

29 APR: Lima konsortium yang dibentuk syarikat berkaitan kewangan diumumkan sebagai penerima lesen bank digital di Malaysia.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan, berkata tiga daripada penerima iaitu konsortium Boost Holdings Sdn Bhd dan RHB Bank Bhd; konsortium yang diterajui oleh GXS Bank Pte Ltd dan Kuok Brothers Sdn Bhd; dan konsortium yang diterajui Sea Limited dan YTL Digital Capital akan dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK).

Bagi dua lagi penerima, bank pusat berkata, ia adalah konsortium AEON Financial Service Co Ltd, AEON Credit Service (M) Bhd dan MoneyLion Inc; serta konsortium yang diterajui oleh KAF Investment Bank Sdn Bhd yang akan dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI).

“Tiga daripada lima konsortium ini dimiliki secara majoriti oleh warga Malaysia iaitu Boost Holdings dan RHB Bank, Sea Limited dan YTL Digital Capital dan KAF Investment,” katanya selepas senarai berkenaan diluluskan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

BNM berkata, semua 29 permohonan yang diterima telah dinilai secara menyeluruh mengikut seksyen 10 (1) APK dan APKI1 yang menghendaki bank pusat mengambil kira semua faktor dalam Jadual 5 Akta-akta berkenaan dan keperluan dasar lain yang berkaitan.

“Kriteria penilaian merangkumi kewibawaan dan integriti pemohon, bentuk dan kecukupan sumber kewangan, kekukuhan dan kebolehlaksanaan pelan perniagaan dan teknologi serta keupayaan untuk menangani jurang rangkuman kewangan secara berkesan.

“Permohonan dinilai mengikut merit pemohon serta perbandingan yang dibuat dengan permohonan lain berdasarkan penilaian yang konsisten bagi setiap kriteria penilaian.

“Semakan mendatar (horizontal review) dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang digunakan terhadap semua pemohon bagi menentukan kekukuhan relatif setiap permohonan dan mengenal pasti pemohon yang berjaya,” katanya.

Mengulas mengenainya, Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata bank digital dijangka dapat meningkatkan lagi rangkuman kewangan menerusi penerapan teknologi digital secara lebih meluas untuk transaksi harian.

“Kami dapat memberikan lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk mengambil bahagian dalam kegiatan ekonomi dengan mengatasi halangan geografi, mengurangkan kos transaksi dan menggalakkan pengurusan kewangan yang lebih baik.

“Bank digital boleh membantu individu dan perniagaan mendapatkan akses yang lebih baik kepada penyelesaian yang lebih khusus berteraskan analisis data. Apabila perniagaan dilakukan secara dalam talian, perbankan digital turut menyediakan cara membuat transaksi yang lebih selamat dan mudah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.