Kes harian COVID-19 turun ke angka 2,000
1 MEI : Kes jangkitan harian COVID-19 memperlihatkan penurunan apabila sebanyak 2,107 kes dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat semalam.
Berdasarkan data yang dikongsikan oleh laman sesawang COVIDNOW, angka teraharu itu menjadikan jumlah keseluruhan angka jangkitan meningkat kepada 4,448,004 individu di negara ini.
Sebanyak 6,890 kes sembuh dilaporkan semalam, menyumbang kepada 4,366,951 kes pulih daripada jangkitan COVID-19, setakat ini.
Sebanyak lima kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam, dengan tiada kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Sehingga jam 11.59 malam semalam, sejumlah 2,091 kes membabitkan penularan tempatan dengan 16 kes adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Secara keseluruhannya, sehingga kini terdapat 97.2 peratus bersamaan 44,214 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah, manakala 2.6 peratus atau 1,190 kes pula sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Manakala 33 atau 0.1 peratus kes daripada jumlah keseluruhan kes pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), Unit Rawatan Rapi (ICU) (24 kes) dan ICU serta memerlukan alat bantuan pernafasan (45 kes).