8 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 1,372 kes harian COVID-19 di negara ini semalam.
Data KKM di laman sesawang COVIDNOW, menunjukkan kes baharu itu membabitkan 1,367 penularan tempatan dengan lima lagi kes adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Perkembangan itu menjadikan sehingga kini terdapat 4,456,736 individu sudah dijangkiti virus berkenaan. Sehingga kini, terdapat 23,276 kes aktif COVID-19.
Daripada jumlah itu sebanyak 22,146 kes atau 95.1 peratus sedang menjalani kuarantin wajib di rumah, selain itu sejumlah 1,025 kes sedang menerima rawatan di hospital; dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan (46), ICU dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (40) serta di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (19).
Mengenai kes baharu yang dilaporkan semalam, data menunjukkan Selangor kekal menjadi negeri tertinggi melaporkan pertambahan kes baharu dengan 480 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 264 kes, Pulau Pinang (138), Negeri Sembilan (84), Perak (70), Melaka (60) dan Johor (57).
Turut mencatatkan kes baharu ialah di Sarawak dengan 49 kes, Kedah (46), Putrajaya (38), Pahang (25), Terengganu (23), Sabah (22), Kelantan (11), Perlis (tiga) dan Labuan (dua).
Sementara itu, mengenai kes kematian di negara ini, setakat semalam terdapat tiga kes dilaporkan menjadikan angka korban di negara ini meningkat kepada 35,579 kes.
Dalam pada itu, sebanyak 3,610 kes sembuh dilaporkan semalam sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih daripada COVID-19 adalah sebanyak 4,397,881 kes.