14 MEI: Sebanyak 1,019,609 atau 28.7 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Menurut laman web COVIDNOW, seramai 1,617,807 kanak-kanak (45.5 peratus) daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, 2,902,847 (93.3 peratus) telah menerima vaksinasi penuh manakala 3,000,780 (96.4 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Dalam tempoh sama, sejumlah 16,060,675 (68.3 peratus) golongan dewasa menerima dos penggalak manakala 22,970,710 (97.6 peratus) lengkap dua dos dan 23,246,079 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan sebanyak lima kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan dua kes dilaporkan di Selangor dan masing-masing satu kes di Perlis, Pulau Pinang dan Sabah. – BERNAMA