18 MEI: Seramai 43 mangsa daripada 14 keluarga di Kampung Rantau Panjang di Kuala Selangor dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai MPKS Bestari Jaya semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Mohd Khairul Sobri Abdul Rahim berkata, semua mangsa dipindahkan secara berperingkat bermula jam 1 tengah hari semalam selepas rumah mereka dinaiki air.
Menurutnya, mereka yang ditempatkan di PPS itu terdiri daripada 17 lelaki dewasa dan sembilan wanita, manakala kanak-kanak lelaki (8) dan kanak-kanak perempuan (2).
“Selain itu, seramai tiga warga emas masing-masing lelaki dan wanita, bayi lelaki (8) dan bayi perempuan (2) turut dipindahkan di PPS sama,” katanya hari ini.
Mohd Khairul berkata, daripada pecahan jantina pula merekodkan seramai 29 lelaki dan 14 perempuan ditempatkan di PPS itu.