31 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada seluruh Keluarga Malaysia yang menyambutnya terutamanya di negeri Sarawak.
“Gaya Guru Gerai Nyamai,” ucapnya ringkas menerusi Instagram.
Masyarakat Dayak menyambut Hari Gawai, esok dan pastinya disambut meriah dengan kepulangan anak-anak di perantauan selepas dua tahun tidak dapat balik ke kampung halaman akibat pandemik COVID-19.