1 JUN : Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.05, RM4.70 dan RM2.15 seliter sehingga 8 Jun ini.
Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan berkata, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan seperti yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.
Kata kenyataan itu lagi, Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.