5 JUN: Mercedes-Benz memanggil balik hampir sejuta kenderaan model lama keluarannya di seluruh dunia berikutan masalah pada sistem brek, kata pihak berkuasa pengangkutan persekutuan (KBA).
KBA, dalam satu kenyataan bertarikh 1 Jun, berkata pengeluar kenderaan Jerman itu memanggil semula model yang dibuat antara 2004 dan 2015, jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) daripada siri ML, GL dan minivan mewah R-Class.
Menurut KBA, 993,407 kenderaan terpaksa dipanggil balik di seluruh dunia termasuk sekitar 70,000 di Jerman.
Mercedes-Benz tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen mereka. – AFP