8 JUN: Polis menahan seorang ketua pemuda parti nasionalis Hindu Bharatiya Janata (BJP) berhubung komen anti-Islam di media sosial.
Sebelum ini, seorang anggota parti itu turut embuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW sehingga mencetuskan krisis diplomatik peringkat global.
Harshit Srivastava, ketua pemuda dari parti pimpinan Perdana Menteri India, Narendra Modi, ditahan di Kanpur selepas rusuhan kaum tercetus minggu lalu ketika protes penduduk Muslim membantah kenyataan anti Islam.
Seorang pegawai kanan polis, Prashant Kumar, mengesahkan penahanan ahli politik tempatan kerana membuat kenyataan menghina umat Islam.
“Sekurang-kurangnya 50 orang ditahan susulan ketegangan di Kanpur,” katanya.
Ketua Menteri India gesa undang-undang berasas agama diganti
Masjid di Mumbai memperlahankan bunyi azan
Pertempuran tercetus ketika perarakan agama Hindu di India
“Sekurang-kurangnya 50 orang ditahan susulan ketegangan di Kanpur,” katanya.
Beberapa rusuhan dilaporkan di serata India selepas komen menghina Nabi Muhammad SAW dibuat oleh jurucakap BJP, Nupur Sharma, ketika debat yang disiarkan di televisyen.
Beliau digantung daripada parti manakala seorang lagi jurucakap, Naveen Kumar Jindal, dipecat kerana membuat kenyataan serupa terhadap Islam di media sosial, menurut kenyataan BJP.
Sehubungan itu, amaran turut dikeluarkan kepada beberapa anggota parti nasionalis Hindu supaya ‘amat berhati-hati’ apabila bercakap mengenai agama di pentas awam.- REUTERS