8 JUN: Sekurang-kurangnya 17 maut dan 37 cedera dalam insiden kereta api melanggar jengkaut di ibu kota Iran hari ini.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu (waktu tempatan), kereta api laluan antara bandar Mashhad dan Yazd berhampiran Tabas, tergelincir dengan lima daripada 11 gerabak kereta api terbabit terkeluar dari landasan.
Jurucakap perkhidmatan keselamatan, Mojtaba Khaledi, yang dipetik stesen televisyen tempatan, berkata kemalangan itu menyebabkan belasan lagi penumpang turut cedera.
“Sekurang-kurangnya 12 penumpang yang cedera berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di hospital.
“Angka kematian mungkin meningkat kerana ramai mengalami kecederaan serius dan 24 ambulans serta tiga helikopter dikerah bagi memindahkan mangsa ke hospital,” katanya.
Pemandu maut, 4 cedera nahas tiga kenderaan
75 terkorban dalam nahas kereta api di tenggara Congo
Kereta terbalik langgar bangkai tapir
“Angka kematian mungkin meningkat lagi kerana ramai mengalami kecederaan serius dan 24 ambulans serta tiga helikopter dikerah bagi memindahkan mangsa ke hospital,” katanya.
Sementara itu, timbalan ketua syarikat kereta api milik kerajaan, Mir Hassan Moussavi, berkata kereta api itu membawa seramai 348 penumpang dan tergelincir selepas melanggar sebuah jengkaut yang berada berhampiran landasan.
Sebelum ini, pada 2016, dua kereta api berlanggar sebelum terbakar di utara Iran, menyebabkan 44 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera. – AFP