nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tidak ada kena mengena PRU awal dengan kes mahkamah

12 JUN : Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor yang mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendesak pilihan raya umum diadakan segera kerana kes mahkamahnya.

Menurut Shahril dalam satu kenyataan di Facebook miliknya, apa yang dinyatakan oleh Menteri Besar Kedah itu satu tuduhan yang berat bukan sahaja terhadap Ahmad Zahid, tetapi terhadap institusi kehakiman negara itu sendiri.

“Tuduhan amat berat bukan kepada Datuk Seri Zahid tetapi terhadap integriti hakim dan institusi kehakiman negara.

“Sekarang pun, Perdana Menteri dari UMNO. Berdasarkan keputusan MKT UMNO, kalau BN menang, Perdana Menteri sama. Kes masih berjalan.

“Jadi apa kena mengena PRU awal dengan soal kes mahkamah?,” soalnya.

Tambahnya,  Ahmad Zahid tidak mendesak PRU diadakan dengan segera, cuma minta supaya ia tidak terlalu lewat atas pertimbangan strategik untuk parti dan untuk negara.

“Sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, beliau hendak parti menang dan hendak Malaysia mendapat manfaat dari keadaan politik yang lebih stabil tanpa persoalan PRU membayangi.

“Apapun, soal ini akan dibincangkan oleh  lima pemimpin tertinggi parti. Jadi, parti lain tak perlu masuk campur tentang perbincangan dalaman UMNO,” tegasnya.

Terdahulu, Sanusi dipetik sebagai berkata, Zahid yang kini berdepan perbicaraan kes rasuah bertegas mahu mengadakan pilihan raya umum (PRU) lebih awal kerana takut dipenjarakan.

Beliau mendakwa Presiden UMNO takut masuk penjara sekiranya PRU tidak diadakan segera dan salah satu cara ialah alian hayat untuk mengelak masuk penjara hanyalah cuba merebut kuasa untuk memastikan kluster mahkamah dapat diselamatkan daripada hukuman melalui campur tangan kerajaan baharu.

Sanusi juga dilaporkan berkata, Ahmad  Zahid  mengadakan Perhimpunan Agung Khas UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti kerana takut hilang jawatan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.