12 JUN : Sebanyak 1,709 kes baharu jangkitan COVID-19 dikesan pada Sabtu membabitkan 1,706 kes merupakan jangkitan dalam negara serta tiga kes import.
Jumlah kes terbaharu itu menjadikan angka kumulatif kes COVID-19 dalam negara adalah 4.52 juta kes.
Portal COVIDNOW turut melaporkan terdapat pertambahan dua kes kematian baharu dilaporkan semalam.
Kes aktif COVID-19 dalam negara ketika ini sebanyak 22,712 kes di mana 95.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 25 individu ditempatkan di PKRC.
Seramai 956 dirawat di hospital dengan 24 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala kes sembuh baharu juga mencatat lebih daripda kes aktif iaitu sebanyak 1,746 kes.