nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pindaan terbaru Akta Pengangkutan Jalan lebih melindungi pengguna

18 JUN : Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang bertujuan memberi perkhidmatan lebih baik kepada orang ramai dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, MOT sentiasa berusaha mencari jalan untuk menjadikan undang-undang lebih berpaksikan kepentingan awam dan meletakkan keselamatan sebagai keutamaan tanpa membebankan pengguna jalan raya.

Jelasnya, Rang undang-undang untuk meminda Akta 333 ini akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen akan datang pada tahun ini, selepas kali terakhir kita meminda Akta 333 pada 2020.

“Pindaan sebelum ini menjurus kepada usaha mengekang penggunaan jalan raya yang tidak selamat dengan memandu secara merbahaya, melulu, tidak cermat dan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sama ada menyebabkan kematian, kecederaan dan sebagainya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Manakala pindaan terbaharu ini menurut Ka Siong, ia bertujuan untuk membawa lebih banyak manfaat kepada pemandu (pemilik kenderaan) di samping meningkatkan keselamatan jalan raya untuk semua pengguna jalan raya.

“Pindaan terbaharu ini adalah berkaitan proses pertukaran pemilikan kenderaan motor secara interim (sementara), daripada pemilik asal kenderaan kepada syarikat jual/beli kenderaan terpakai (Used Car Dealer -UCD).

Datuk Seri Wee Ka Siong

“Ini adalah untuk melindungi kepentingan pemilik apabila mereka menjual kenderaan mereka kepada UCD, dengan memastikan pemindahan pemilikan dilakukan dengan sempurna.

“Ini juga bagi membolehkan UCD memiliki pemilikan kenderaan buat sementara waktu sambil mencari pembeli baharu dan memastikan hak pengguna dilindungi,” jelasnya.

Pada masa ini, pertukaran hak milik kenderaan kata Ka Siong lagi adalah bersifat kekal seperti mana ditetapkan di bawah seksyen 13 Akta 333.

“Walau bagaimanapun, secara pentadbiran, semenjak 2011, proses pelaksanaan pertukaran hak milik kenderaan motor yang dijual kepada UCD oleh pemilik asalnya telah dilaksanakan secara interim, iaitu tidak bersifat kekal.

“Ianya hanya akan dipindahkan secara kekal ke UCD selepas masa tertentu jika kenderaan itu tidak dijual kepada pembeli baharu oleh UCD,” jelasnya.

Katanya lagi, peruntukan baharu bagi membolehkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan peralatan/sistem High Speed – Weigh In Motion (HS-WIM).

HS-WIM menurut Ka Siong merupakan gabungan peralatan berasaskan sensor, kamera dan sistem/algoritma komputer yang mencerap kehadiran/identiti/berat kenderaan yang sedang bergerak di atas jalan raya.

“Ianya juga membolehkan proses merekod berat kenderaan yang lebih cekap dan tepat serta aktiviti penguatkuasaan dilakukan secara automatik tanpa kehadiran pegawai JPJ di lokasi.

“Ini akan memastikan pematuhan yang lebih tinggi terhadap peraturan yang berkaitan oleh semua pemilik terutamanya kenderaan barangan dan akhirnya akan menjadikan jalan raya lebih selamat,” ujarnya.

MOT tegasnya, sentiasa mencari pendekatan terbaik untuk memastikan keselamatan awam di jalan raya dan salah satu pendekatan terbaik adalah melalui gabungan teknologi ke dalam penguatkuasaan, yang juga berupaya mencegah gejala rasuah dan memastikan pemantauan berterusan untuk pematuhan.

Pindaan berikut juga kata Ka Siong lagi akan dibuat kepada seksyen sedia ada dalam Akta.

“Antaranya meminda had umur pemegang Lesen Vokasional untuk penunggang motosikal yang membawa barangan termasuk kenderaan p-hailing kepada tidak kurang daripada 18 tahun, daripada 21 tahun pada ketika ini.

“Ini bagi membolehkan lebih ramai mempunyai pilihan untuk memperoleh pendapatan tambahan melalui perniagaan p-hailing dan platform penghantaran barangan lain.

“Selain itu, pemandu bas persiaran/bas pelancongan wajib  mempunyai Lesen Vokasional yang sah, bertujuan menyeragamkan keperluan semasa pada masa ini kepada pemandu bas ekpres, bas sekolah dan bas henti-henti.

“Ini akan memastikan semua pemandu dilindungi dengan pengetahuan dan kecekapan semasa untuk menyediakan perkhidmatan yang selamat serta bertanggungjawab kepada penumpang mereka,” katanya.

Ka Siong berkata, MOT sentiasa berusaha untuk menambah baik dasar awam untuk menjadikan jalan raya lebih selamat untuk manfaat pengguna termasuk pejalan kaki dan pemandu.

“Kami akan terus mendengar maklum balas daripada orang ramai dan semua pihak berkepentingan untuk menambah baik dasar ini di masa hadapan,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.