UMNO syor wujudkan Lembaga Unggas Negara
25 JUN: UMNO mencadangkan agar diwujudkan Lembaga Unggas Negara bagi membolehkan penyelesaian isu ayam dapat dilihat secara menyeluruh.
, termasuk mempertimbang cadangan untuk mewujudkan Lembaga Unggas Negara.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata UMNO juga menggesa kerajaan segera menangani isu kenaikan harga barangan asas rakyat selain pemberian subsidi bersasar.
“Dari aspek pengeluaran ayam, kos penternakan, kos dedak supaya tidak mudah dimanipulasi oleh pihak kartel berkepentingan.
“Parti juga mahu pemberian subsidi bersasar direncanakan kerajaan seharusnya benar-benar memanfaatkan kelompok rakyat terbanyak yang susah dan derita akibat kenaikan kos sara hidup,” katanya selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn di Kuala Lumpur, malam ini.
Mesyuarat itu dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri kepemimpinan tertinggi UMNO.
Ahmad berkata, UMNO juga mendokong keputusan kerajaan untuk menarik balik keputusan awal bagi pengapungan harga ayam di pasaran dan tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air.
Sementara itu, beliau menjelaskan pelantikan bekas Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO adalah bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Katanya, ia bagi memberi peluang kepada Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak itu untuk bertugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.