nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PH bersidang untuk rakyat atau nak jatuhkan kerajaan?

2 MEI: Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) mengecam tindakan Pakatan Harapan yang menggesa Dewan Rakyat kali ini untuk bersidang selama 14 hari.

Menurut Ahli Parlimen BN Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, persidangan melibatkan jumlah hari yang banyak perlu dielakkan untuk masa sekarang ini.

“Perdana Menteri membenarkan perniagaan operasi semula ada sebabnya, tapi dalam parlimen melibatkan beratus orang itu dengan tempoh yang agak lama adalah perkara yang perlu dielakkan.

“Saya pun mahu dewan bersidang sebab saya kerap bercakap, tapi kalau dah bawa mudarat, saya sendiri memang takkan hadir. Bulan 7 ni PH boleh bahas, ha cakap selama mana mereka nak cakap,” katanya kepada PNBBC portal.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pakatan Harapan semalam sekiranya kerajaan membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi penuh ketika masih Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mengapa sidang Dewan Rakyat tidak boleh diteruskan selama dua minggu.

Ahli Parlimen Bersatu Beaufort, Datuk Azizah DUN juga bersependapat, katanya fokus utama untuk menjaga keselamatan rakyat daripada penularan wabak Covid-19 harus diberi fokus terlebih dulu berbanding perkara lain.

“Tak usah dilayan Pakatan Harapan ni. Mereka yang suka hati tidak patuh pada arahan yang dah ditetapkan. Dah diberitahu hanya 1 hari, 1 hari sahaja lah untuk perasmian, kemudian kita sambung pada Julai. Kita buat semua ini untuk rakyat, politik kita letak tepi dulu.

“Parlimen itu tidak lari kemana kan? Atau mereka ada niat lain minta bersidang 14 hari secara terburu-buru?” Soalnya.

Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari pula menegaskan desakan PH itu dilihat langsung tidak rasional dengan situasi penularan wabak Covid-19 yang berlaku ketika ini.

“Mereka sebagai pemimpin sepatutnya perlu lebih faham, kita kena minima kan perhimpunan seminima yang boleh. Tapi desakan mereka lebih gemar berpolitik daripada memikirkan soal untuk ‘break the chain’.

“Cuba bayangkan, kalau kita teruskan bersidang selama 14 hari, 222 ahli parlimen akan terlibat dari seluruh negara datang bersama pengiring masing-masing, kakitangan parlimen yang terlibat bukan sorang dua, ia melibatkan ramai orang dalam memastikan sidang Dewan Rakyat dapat dijayakan, ” jelasnya. 

AHMAD FADHLI SHAARI

Ahmad Fadhli turut berkata tindakan Perdana Menteri yang membenarkan perniagaan beroperasi semula adalah wajar kerana ia melibatkan kepentingan ekonomi negara.

“Sektor ekonomi itu memenuhi keperluan ekonomi rakyat, ia merupakan perkara yang tak dapat dielakkan, sementara sidang parlimen boleh tunggu pada bulan Julai. Ini bermakna kelonggaran yang diberi dalam sektor ekonomi adalah wajar daripada sistem parlimen berhari-hari.

“Kalau nak bising, kenapa tak bersuara untuk mengadakan sidang DUN di Penang, diam pula? soalnya lagi. – Oleh ASLINDA NASIR

Get real time updates directly on you device, subscribe now.