nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPDNHEP diminta tingkatkan penguatkuasaan tangani penyelewengan minyak masak

2 JULAI : Penguatkuasaanbagi menangani penyelewengan dan penyeludupan yang menyebabkan bekalan minyak masak bersubsidi tidak mencukupi untuk menampung kegunaan orang ramai perlu dipertingkatkan, demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan masih meneruskan subsidi minyak masak membabitkan peket satu kilogram (kg), di mana minyak berkenaan adalah bagi kegunaan isi rumah dan bukannya untuk restoran.

“Bekalan minyak masak bersubsidi itu sepatutnya mencukupi membabitkan jumlah keseluruhan 60,000 tan metrik. Rakyat Malaysia hanya menggunakan 55,000 tan metrik, bermakna masih ada lebihan 5,000 tan lagi.

“Justeru, saya meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menggerakkan penguat kuasa. Di samping itu, hasil mesyuarat Kabinet semalam, akan ada sukarelawan belia memantau harga dan melaporkan kepada kerajaan.

“Ini mungkin boleh mengurangkan penyelewengan barangan bersubsidi. Jika tidak, kita membayar subsidi mahal tetapi sebahagiannya menguntungkan penyeludup dan penyeleweng, bukannya rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Ke-42 yang turut dihadiri Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, di Kuala Lumpur hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Dalam pada itu, Perdana Menteri menjelaskan, peningkatan kos sara hidup yang dialami rakyat kini bukan hanya berlaku di Malaysia, sebaliknya keadaan sama turut dihadapi seluruh dunia.

Katanya, ini kerana semua pihak di dunia adalah saling berhubung dan terkesan, termasuk Malaysia yang juga berkait dengan negara lain.

Mengambil contoh peningkatan harga ayam, beliau menyifatkan ia sebagai isu sensitif dengan kenaikan berlaku susulan kesan bahan makanan ternakan diimport dari luar negara.

Ismail Sabri berkata, Malaysia bukan pengeluar jagung dan kacang soya, sedangkan kira-kira 70 peratus kos pengeluaran ayam disumbangkan faktor makanan ternakan berkenaan.

“Bagaimanapun, kerajaan tidak berpeluk tubuh semata-mata, malah ada dua tindakan yang kita lakukan serta-merta. Pertama, terpaksa memberi subsidi ayam bagi memastikan penternak serta pemborong ada margin keuntungan.

“Saya tidak berapa suka perkara ini (pemberian subsidi terbabit) tetapi kita tiada pilihan, sampai RM700 juta dibelanjakan. Subsidi secara konsepnya, perlu dimanfaatkan golongan miskin yang terdiri daripada rakyat kita.

“Namun, pekerja Bangladesh, etnik Rohingya, tauke besar dan restoran besar serta antarabangsa turut menikmatinya apabila membeli ayam bersubsidi.

“Bagi menyekat kenaikan harga, kita tetap memberi subsidi. Baru-baru ini, kita sudah menurunkan 20 sen, menjadi RM9.40 sekilogram ayam. Jika kita mengapungkan terus, harga mungkin akan meningkat hingga RM12 sekilogram dan rakyat takkan boleh menerima kenaikan mendadak ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, peningkatan harga turut didorong faktor pandemik COVID-19 berikutan semua industri ditutup, ditambah lagi dengan insiden banjir besar melanda negara sebelum ini.

“Keadaan diburukkan lagi dengan peperangan antara Russia dengan Ukraine yang menjadi antara penyumbang kenaikan kos sara hidup ketika ini. Bagaimanapun, kadar inflasi negara masih berada pada tahap rendah, iaitu dua peratus, berbanding beberapa negara maju yang merekodkan peningkatan hingga 12 peratus.

“Kadar inflasi kita rendah sebab pemberian subsidi bagi memastikan harga barangan tidak naik. Kalau harga naik tinggi, kadar inflasi Malaysia mungkin melonjak hingga 11 peratus.

“Kerajaan berbelanja RM70 bilion untuk memberi subsidi barangan keperluan asas, termasuk hampir RM28 bilion bagi petrol. Kerajaan menanggung subsidi demi memastikan rakyat tidak terbeban, walaupun sepatutnya beberapa produk itu tidak memerlukan subsidi lagi,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.