nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sultan Selangor pandang serius perpecahan pemimpin, orang Melayu

4 JULAI : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, memandang serius gejala perpecahan dalam kalangan orang Melayu, terutama pemimpin politik Melayu.

Baginda bertitah, perbalahan dalam kalangan pemimpin politik Melayu yang dilihat begitu ketara ketika ini, boleh mengancam perpaduan, keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum serta kestabilan politik di negara ini.

“Beta tidak berhasrat mencampuri urusan politik dan pentadbiran negara, walau bagaimanapun beta merasa bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan pandangan bagi memperbetulkan keadaan, di samping menggesa agar perpecahan orang Melayu dan pemimpin politik Melayu dapat segera dihentikan.

“la bagi menjamin agar kepentingan masyarakat Melayu dapat dipelihara tanpa mengenepikan hak dan kepentingan masyarakat bukan Melayu di negara ini,” titah baginda dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasmi Selangor Royal Office.

Titah Baginda lagi, pemimpin-pemimpin politik Melayu perlu sedar bahawa pembangunan serta kemajuan negara amat bergantung kepada kepimpinan yang stabil dan jika pemimpin Melayu gagal menunjukkan kepimpinan yang baik dan bertanggungjawab, kaum lain akan hilang rasa hormat sekali gus tidak akan memberi sokongan yang padu kepada pemerintahan orang Melayu.

Di samping mengamalkan sikap kepimpinan yang baik dan tidak berbalah sesama sendiri, pemimpin politik Melayu titah Baginda, harus juga bekerjasama dengan pemimpin parti politik kaum lain bagi menjamin pembangunan negara dijadikan keutamaan demo keselesaan hidup rakyat pelbagai kaum.

Baginda juga sedar gejala fitnah-memfitnah berlaku dengan berleluasa di kalangan masyarakat dan penyebaran berita tidak ditentukan kesahihannya serta budaya menyerang perilaku peribadi bukan Melayu di negara ini.

“Penyebaran berita fitnah yang tidak ditentukan kesahihannya serta budaya menyerang perilaku peribadi seseorang individu sudah menggugat keharmonian masyarakat.

“Semua pengkhianatan serta kebencian yang dilahirkan secara terbuka ini, seolah-olah sudah menjadi satu budaya di kalangan masyarakat kita. Kita perlu sedar bahawa fitnah boleh mendatangkan dosa yang besar dan kemurkaan Allah SWT.

“Oleh itu beta mengajak semua pemimpin politik dan rakyat di negara ini kepada kebaikan dan mengamalkan budaya sihat yang berpandukan kepada sikap toleransi dan berprasangka baik bagi mencapai aspirasi perpaduan hidup bersama demi kemakmuran negara.

Sehubungan itu, Baginda menyeru agar semua pihak bersama-sama membangunkan sebuah masyarakat yang gagah, bebas dari rasuah, bermaruah, harmoni dan berwibawa dengan menghormati nilai-nilai perpaduan kemanusiaan sejagat.

Sultan Selangor turut menggalakkan masyarakat terutama orang Melayu, untuk menonton filem Mat Kilau agar ia boleh dijadikan sebagai satu teladan dan pengajaran bahawa sesebuah tamadun dan negara boleh runtuh, seandainya tiada satu-padu dan bekerjasama dalam mempertahankannya.

“Beta telah menonton filem Mat Kilau yang memaparkan bagaimana perpecahan dalam kalangan orang Melayu boleh mengakibatkan pihak-pihak luar mudah menguasai kita.

“Jika dihayati dialog yang digunakan di dalam filem ini, ia bertepatan bagi menyampaikan ‘mesej’ kepada orang Melayu bahawa kekuatan sesuatu bangsa terletak kepada semangat perpaduan dan pegangan kepada agama Islam,” titah baginda lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.