5 JULAI : Sebanyak 1,918 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dikesan semalam menjadikan keseluruhan kes aktif di negara ini meningkat kepada 29,382. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak dua kes adalah kes import.
Manakala seramai 28,140 individu atau 95.8 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah manakala hanya 26 individu ditempatkan di PKRC dan seramai 1,172 pesakit dirawat di hospital dengan 44 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Sementara itu, laman web COVIDNOW melaporkan lapan lagi kes kematian akibat COVID-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat jangkitan wabak itu meningkat kepada 35,784 orang.
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).