nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sri Lanka makin ‘tenat’, krisis berlarutan hingga tahun depan

5 JULAI: Krisis ekonomi terburuk di Sri Lanka dijangka berlarutan sehingga penghujung tahun depan, kata Perdana Menterinya, Ranil Wickremesinghe di Parlimen, hari ini.

Wickremesinghe berkata, Sri Lanka akan mengalami kemelesetan ekonomi teruk tahun ini serta menghadapi krisis kekurangan makanan, bahan api dan ubat-ubatan secara berterusan, lapor agensi berita CNA.

“Kita juga perlu mengharungi kemelesetan ini sehingga ke tahun depan. Ia adalah benar dan ini adalah realiti,” katanya.

Kadar inflasi negara mencecah 54.6 peratus pada bulan lalu ketika negara Lautan Hindi itu menghadapi krisis ekonomi terburuk dalam beberapa dekad.

Bank pusat di negara berpenduduk kira-kira 22 juta itu dijangka menaikkan kadar inflasi pada pengumuman dasar pada Khamis ini untuk mengekang kenaikan harga.

Wickremesinghe berkata, Sri Lanka sedang berunding dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi memuktamadkan pelan penstrukturan semula hutang dengan pemiutang itu menjelang Ogos.

“Kami kini berunding sebagai negara muflis. Jadinya, kita perlu menghadapi situasi yang lebih sukar dan rumit berbanding rundingan sebelum ini,” katanya.

Meskipun penggantungan pembayaran balik hutang asing berjumlah kira-kira AS$12 bilion (RM53.03 bilion) pada April, Wickremesinghe berkata, Sri Lanka masih mempunyai tunggakan hampir AS$21 bilion (RM92.81 bilion) sehingga akhir 2025.

Katanya, Sri Lanka berdepan halangan yang kuat dengan bank pusat negara itu menganggarkan penguncupan dalam pertumbuhan empat hingga lima peratus tahun ini, dengan inflasi mencecah 60 peratus menjelang akhir tahun, walaupun kerajaan menyasarkan penguncupan lebih kecil sebanyak satu peratus dalam pertumbuhan tahun hadapan.

Selepas mencapai persetujuan peringkat kakitangan dengan IMF, Sri Lanka berhasrat untuk mengadakan persidangan penderma dengan ‘negara mesra’ seperti China, India dan Jepun untuk mendapatkan lebih banyak pinjaman melalui ‘perjanjian bersama’, kata Wickremesinghe pada sidang Parlimen.

Minggu lalu, IMF berkata rundingan dengan Sri Lanka adalah ‘konstruktif’, meningkatkan harapan bahawa tidak lama lagi ia akan memberikan kelulusan awal untuk pakej sokongan kewangan yang sangat diperlukan.

Sri Lanka kini hampir kehabisan petrol sepenuhnya dan kerajaan memutuskan menutup perkhidmatan awam yang tidak penting dalam usaha untuk menjimatkan bahan api. – AGENSI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.