6 JULAI : Seorang lelaki warga Palestin dilaporkan ditembak mati oleh tentera Israel dalam satu serbuan di Tebing Barat, kata Menteri Kesihatan Palestin.
Rafiq Riyad Ghannem, 20, ditembak tentera Israel berhampiran Jenin, bandar terletak di utara Tebing Barat.
Menurut kementerian dalam satu kenyataan, mangsa dibunuh di pekan Jaba.
Susulan kejadian itu, tentera Israel tidak memberi reaksi serta-merta untuk mengulas kejadian berkenaan.
Ahad lalu, seorang remaja Palestin berusia 17 tahun terkorban selepas ditembak tentera Israel di pekan sama.
Rekod menunjukkan, sekurang-kurangnya 50 warga Palestin dibunuh sejak Mac lalu dan kebanyakannya berlaku di Tebing Barat.
Mereka yang dibunuh dikatakan tergolong dalam senarai syak militan dan bukan pejuang.
Pasukan keselamatan Israel melancarkan serbuan hampir setiap hari di Tebing Barat, berikutan beberapa serangan di negara haram itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Di pihak Israel pula, sebanyak 19 individu rata-ratanya rakyat Israel yang tinggal dalam negara haram itu terbunuh dalam serangan dilakukan rakyat Palestin dan Arab Israel.
Tiga penyerang Arab Israel turut terbunuh. – AFP