9 JULAI: Lima individu termasuk pemilik sebuah agensi pelancongan ditahan semalam dipercayai terbabit kes 380 individu yang ingin mengerjakan haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata dalam serbuan di ibu negara kira-kira jam 9 malam tadi, dua lelaki dan tiga wanita berusia 30 hingga 60 tahun ditahan.
“Lima individu yang ditahan itu membabitkan pemilik agensi pelancongan berkenaan serta isterinya, seorang ejen serta dua pekerja di agensi terbabit yang terletak di Danau Kota.
“Kami mengambil keterangan mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju bagi membantu siasatan,” katanya hari ini.
Ashari berkata, sebanyak 23 laporan polis diterima di Kuala Lumpur berhubung kes terbabit.
“Sebanyak 23 laporan itu dilaporkan di Wangsa Maju, Sentul dan Dang Wangi membabitkan kerugian berjumlah RM760,000.
“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan ira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA di Sepang, pagi kelmarin dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.
P