nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pindaan Perlembagaan : ROS masih belum jawab permohonan UMNO

13 JULAI : Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) setakai ini masih belum lagi mengeluarkan keputusan berhubung permohonan pindaan perlembagaan UMNO untuk mengadakan pemilihan parti enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, buat masa ini beliau difahamkan bahawa ROS masih lagi belum mengeluarkan surat berhubung permohonan UMNO itu.

“Biarpun ROS berada bawah kementerian itu, namun, keputusan jabatan itu dibuat secara bebas. Buat masa ini, saya difahamkan ROS belum keluarkan surat lagi. Keputusan ROS adalah keputusan yang dibuat mereka secara bebas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Penyerahan Surat Keputusan Kewarganegaraan, di Putrajaya hari ini.

Ditanya mengenai laporan media sebelum ini yang memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyatakan keputusan permohonan itu bakal diperolehi pada 16 Julai ini, Hamzah berkata, Perdana Menteri meminta supaya keputusan ROS itu dibuat sebelum tarikh itu.

Beliau berkata, pihaknya tidak boleh menyalahkan Perdana Menteri yang meminta  ROS membuat keputusan itu pada 16 Julai ini.

“Jika mereka (ROS) boleh buat sebelum 16 Julai, dia boleh buat. Apa salahnya kalau mereka boleh buat?” katanya.

Pada 7 Julai lalu, ROS dalam satu kenyataan ringkas kepada BERNAMA, memaklumkan keputusan berhubung permohonan pindaan perlembagaan UMNO akan diketahui selewat-lewatnya pada 16 Julai ini.

Notis pindaan perlembagaan itu dikemuka kepada ROS pada 17 Mei lalu, manakala Ismail Sabri yang Naib Presiden UMNO sebelum ini dilaporkan berkata, ROS mempunyai masa sehingga 60 hari untuk membuat keputusan berhubung permohonan pindaan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.