17 JULAI: Kementerian Pertahanan Russia memaklumkan pesawat negara itu menembak jatuh dua aset Ukraine, iaitu helikopter MI-17 di bandar Sloviansk dan pesawat SU-25 di Kharkiv, ketika Moscow meningkatkan operasi ketenteraannya.
Tentera Russia turut memaklumkan, misil jarak jauh berpusat di udara miliknya, berjaya memusnahkan sebuah depot di zon perindustrian yang menyimpan misil antikapal Harpoon.
Misil berkenaan diberikan kepada Ukraine oleh negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). – REUTERS