nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Speaker sedih MP pembangkang tidak hormati Bentara

19 JUL : Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun hari ini melahirkan rasa sedih atas sikap wakil-wakil rakyat pembangkang di Parlimen yang disifatkan tidak menghormati tugas Bentara Parlimen pada sesi sidang Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata wakil-wakil rakyat perlulah menghormati petugas-petugas di Dewan Rakyat yang hanya menjalankan tanggungjawab masing-masing.

“Apa-apa ruling yang dibuat oleh YDP tidak boleh dibahaskan dan yang lain-lain tidak dibenarkan menyampuk. Tapi kenapa kita tak ikut? Janganlah kita ikut bila ia menyokong kita sahaja.

“Ada prosedurnya, kalau nak disemak semula failkan. Saya amat sedih semalam. Saya lihat bentara dua orang, muda-mudi kita yang bekerja di Parlimen berdiri di situ 40 minit tidak dihormati langsung, tidak diendahkan.

“Tak hormat saya tak apa, saya speaker saya boleh terima tapi hormatlah muda-mudi kita yang bekerja sebagai bentara. Mereka bekerja sahaja. Berdiri di situ tanpa dihormati. Apa isyarat yang kita tunjuk kepada rakyat semua? Mahu cakap saya bagi cakap tapi lunas-lunas, adab kita janganlah kita tinggalkan. Tak elok,” katanya berbaur kesal pada sidang Dewan Rakyat yang masuk hari kedua, hari ini.

Semalam, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Haron yang menggantikan Azhar menggantung Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis selama dua hari selepas susulan mendesak agar usul tuntutan waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah yang ditolak sebanyak tiga kali oleh Azhar dibahas di Dewan Rakyat.

Perkara itu menyebabkan berlaku pertikaman lidah antara ahli Parlimen pembangkang dengan Azhar dan Mohd Rashid.

Malah Isnaraissah juga enggan menerima keputusan tersebut dan tidak keluar dewan sebaliknya beliau dan beberapa ahli Parlimen Pembangkang lain turut berdiri dan terus mendesak diberikan tarikh baharu untuk usul itu dibahaskan.

Sementara hari ini, Azhar menjelaskan penggantungan wakil rakyat dari Sabah itu masih berkuatkuasa dan tiada sebarang penarikan keputusan dibuat semalam.

“Sefaham saya (penggantungan itu) masih berkuatkuasa. Saya melihat daripada pejabat saya.
“Sefaham saya Timbalan Speaker mengatakan beliau setuju tarik balik sekiranya YB Kota Belud duduk dan membiarkan prosiding diteruskan. Sekiranya. Sekarang ini tidak dipenuhi,” katanya.

Namun menurut Ahli Parlimen Labuan yang membangkitkan soal status penggantungan itu mendakwa pihaknya tidak mendengar soal syarat-syarat tersebut.

“Semalam kita dengar Timbalan Speaker berkata ianya boleh ditarik balik. Kami tidak mendengar dengan syarat-syarat itu,” katanya.

Semalam, Azhar sempat memberi penjelasan alasan penolakan usul tersebut susulan usul tergempar mengenai rampasan aset Petronas di Azerbaijan pernah diluluskan untuk dibahas pada sesi lepas dan diberi penerangan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi secara panjang lebar. – Oleh NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.